Monday, December 12, 2011

Cerita Seram

Ini adalah kisah benar dan baru sahaja berlaku.
Kisahnya begini, aku dan adik perempuan kesayangan aku baru sahaja lepas menonton cerita di tv 3. Beberapa minit sebelum pukul 12 tengah malam, cerita yang dilakonkan Stephen Chow, tamat. Kami menuju ke pintu belakang bercadang mengunci motor selepas mematikan tv. Tiba-tiba, Sera menjerit, "Argh!!!!"
Aku turut terperanjat, rupa-rupanya dia terpijak anak lalat aka ulat sampah. Rupanya mak meletakkan bakul sampah di belakang kerana sudah berulat, disebabkan baru perasan dan hari sudah malam, mak bercadang nak buang esok. Aku dan Sera membuat keputusan ingin membuang sampah tersebut. Kekecohan kami di tengah malam membangunkan mak dari tidur yang lena. Mak juga menuju ke arah kami. Setelah menjawab beberapa soalan, kami menaiki motor untuk membuang sampah.
Untuk pengetahuan anda, kami duduk di kampung belantara, tempat membuang sampah agak jauh sedikit, berdekatan dengan tepi sungai yang dikelilingi pokok-pokok, termasuk pokok durian, tetapi tidak pokok getah. Sera bertindak membawa motor dan aku memegang bakul sampah yang penuh berulat yang gemuk-gemuk dan kenyang-kenyang. Sampai di tempat buang sampah dalam masa kurang 10saat kami menonggengkan tong sampah untuk mengalihkan isi sampah ke tong sampah yang lebih besar supaya dapat dikutip oleh pakcik yang kutip sampah. Dengan keadaan sunyi tanpa bunyi, hanya ditemani bunyi semulajadi.
Keadan gelap tanpa lampu jalan, lampu yang ada hanya lampu motor kami yang dah buta sebelah. Senyap. Aku tak berani pandang ke depan sungai, mahupun ke atas pokok. Aku hanya menumpukan perhatian pada sampah. Tiba-tiba, anjing menyalak ke arah kami. Aku sudah cuak, aku risau dikejar anjing. Hari sudahlah malam, kami hanya berdua, siapa nak tolong??? Setelah selesai kami menaiki motor dan menuju ke arah anjing. Adikku bertindak mengHON anjing dengan niat menggertak anjing itu. Tapi anjing masih menyalak ke arah tong sampah. Kami salah faham. Anjing itu bukan menyalak ke arah kami. Terus meremang bulu roma aku. Anjing tu menyalak sebab apa????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...