Tuesday, July 1, 2014

Sate Minang


Pada mereka yang tak pernah tengok sate minang macam ni lah bentuk die.
Memang sedap, ikut lah sape yang buat.
Basenya aku makan memang pedas.
Cara hidang memang wajib gune daun pisang.
Sate, lontong dan kuahnya. Kalau tabur keropok pon sedap, basenye kitorang lepas makan sate dan ade kuah lebih2 kitorang makan keropok cicah kuah. Sedap2.
Makanan etnik kami lah agaknya....

p/s: Ade sate dekat dapur, japgi nak makan, jgn jelez.


Monday, March 12, 2012

PEMURAH

Walaupun kita selalu ingkar perintah dia,
Walaupun kita selalu buat dia murka,
Walaupun kita selalu lupa dan lalai untuk ingat dia,
Walaupun kita selalu berkira dengan dia,
Tapi dia tetap sayang kita, bagi kita rezeki dan nikmat yang tak terhingga.
 Tak malu betul kita ni.

Walaupun kita selalu  ingkar perintah dia,
Tak tunaikan tanggungjawab sebagai hamba, tinggal solat terutama subuh alasan terlajak tidur. Lambatkan solat, solat Asar dekat-dekat waktu Maghrib, sekali dengan Isyak. Beres. Tak tutup aurat dengan  sempurna. Kadang-kadang pakai tudung kadang-kadang tak pakai. Pakai tudung tapi ketat macam gimnas. Macamana kalau Allah kadang-kadang bagi bernafas kadang-kadang tak bagi???? Boleh????

Walaupun kita selalu buat dia murka,
Sama lah dengan perkara di atas, semua dah tahu, tapi buat-buat tak tahu. Jangan kata Allah tak bagi hidayah lagi, sebab kita sendiri tak cari. InsyaAllah apa yang kita niat tu yang kita dapat.

Walaupun kita selalu lupa dan lalai nak ingat dia,
Kita lagi ingat pakwe, makwe, crush kita daripada Allah. Bila susah kita nak expect Allah ingat kat kita???? Bila susah barulah nak bersujud merayu-rayu dekat Allah. Cuba kalau kawan rapat kita buat macam tu?? Bila senang ada, bila susah tak ada??? Kita mulalah sumpah seranah, kawan tak guna lah, apa lah, kacang lupakan kulit. Cuba pulak kita buat kat Allah macam tu???? Agak-agak???? Bila dating ontime, bila solat???? Allah tunggu kita nak dating???? Mana lagi penting???? Renung-renungkanlah.

Walaupun kita selalu berkira dengan dia,
Macamana nak berkira???? Banyak caranya. Kedekut nak solat sunat sebelum selepas solat fardhu dan solat-solat sunat lain. Berkira nak puasa sunat, berkira nak bersedekah. Walhal sedekah tu untuk diri kita sendiri jugak di akhirat nanti.

Tapi Allah bagi kita hidup di dunia ni, senang,... Kalau kita, dengan orang yang buat kita marah dan benci, kita masih akan buat baik ke dengan dia??? Tapi Allah, walaupun dialah pemilik kita, tapi masih sayang dan bagi kita peluang. Tunggu kita untuk kembali pada dia.

Tuesday, February 28, 2012

PERIHAL MAK : Guna Bawang

Tadi mak tengok cite Putri yang Ditukar di tv3 pukul 2.00pm.
Ade pakcik sedare aku ni, komen lah cerita tu stupid and so on. (tapi mak ku still suke)
Komen2 komen2, sampailah topik kehebatan heroin dia menangis.
Mak aku boleh pulak cakap, diorang tu menangis menggunakan bantuan bawang dan sebagainya.
Aku yang dengar statement tu terus gelak guling2.

Sebab aku membayangkan:

lebih kurang???





Lebih kurang macam di atas aku bayangkan, berhenti sekejap dan bagi orang yang potong bawang buat heroin dia menangis. Hahaha, aku je ke yang rasa lawak???
Neway, aku kadang2 tengok gak cerita tu sebab aku suka watak Prabu Wijaya, muka sangat ganas. Hihihihi... Ganas ke????

p/s: Mak aku sangat comel dan lawak.

PERAHSANTAN

Tadi aku masak gulai ikan.
Masa nak perah santan tu, tangan kanan penat sangat, memandangkan aku kidal dan tangan kanan aku agak lemah. hehehe.

tak relevan langsung




Anyway, aku tanya mak aku, mak nak perah santan guna dua2 tangan boleh.
Ofcoz mak aku tak kasi, takat perah santan gune due2 tangan.
Tapi bile mak aku keluar dari dapur, cepat2 perahsantan.
YES! I use both hand!!! Tapi ofcoz lah aku dah cuci tangan dengan Lifebuoy pulak tu.
Sori, aku tak mampu guna tangan kanan aku. Hehehe. (tak ape kot??)
Nak tahu cara mak aku buat gulai ikan????

Blend:
kunyit hidup (lebih kurang je)
halia (ikut suke, ag banyak, ag kuat kentut)
cili (10-15 ketul)
bawang merah kecik2 (10 plus minus ketul)

Santan diperah agak2 cukup satu periuk.
Santan dimasukkan ke dalam periuk bersama barang2 blend.
Hidupkan api ofcoz.
Masukkan daun kunyit dan batang serai yang dah ditumbuk2.
Nak pedas or buat ulam ke, cili hijau dimtumbuk ala2 (bukan sampai hancur) dimasukkan ke dalam gulai.
Kacau2 agak mendidih sikit, masukkan ikan, biar ikan masak, pastu last masukkan lah kacang panjang or tauhu (aku tak makan ikan sangat jadi basenye ku mkn tauhu dan kacang panjang).
 Jangan lupe letak asam keping dan garam.

The End

p/s: Ianya agak ****** bile mereke selalu expect aku pandai melukis, walhal aku tak.  hehehe...
p/s/p: mak aku suke buat gulai pedas, adik2 aku memang tak gemar gulai, aku suke kalau de tauhu je. Memang pedas sampai wat saket perot. (Mungkin kitorang Minang murtad????)

Monday, February 27, 2012

Nikah



Tibe2  nak cakap pasal kawen plak.. Tadi ada kawan aku yang cakap nak kawen.. (haaa!! shok!!)
Neway, pada mulanya aku fikir, kawen awal tak ada masalah, sebab aku terlalu banyak baca pasal nikah gantung (khitbah) agaknya. Dengan ganjaran2 dan semua perkara positif. Aku fikir, it not a bad idea. Hehehe... Kita nak buat apa pun dah halal bila dah kawen, tak de lah zina mata, hati, mulut dan sebagainya. Malah semua sayang kita terhadap pasangan kita tu dah jadi pahala. Bagus kan??? InsyaAllah diberkati sebab niat yang baik.
Tapi bila aku fikir diri aku ni, aku dah layak kawen ke???? Dah sedia ke nak jadi isteri????
Mampu ke aku pikul tanggungjawab???? Makin lama aku fikir, makin aku rasa diri ni tak layak, dan makin aku rasa nak jauh dari perkahwinan. Mampu ke aku menjaga maruah suami aku, bila dah nikah, dia bukan saja terima aku, malah dosa2 aku. Aku tak sanggup nak bebankan dia. Dia nanti nak sara aku dan keluarga, kalau ada anak. Bila fikir balik, apa yang aku mampu bagi dia??? apa yang aku ada???
Aku tak ada apa-apa.... Dan aku rasa tak ada kebaikan yang suami aku dapat dari aku.
Jadi sekarang instead fikir nak kawen, aku kena baiki diri aku dulu, bukan sahaja untuk suami aku, tapi sebenarnya jugak untuk Dia.

Dan sebenarnya banyak lagi nak difikirkan. Mungkin kurang yakin.Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Sudah baik ke aku??? Aku nak suami yang baik yang boleh pimpin aku, kalau lelaki tu solat pun tak cukup, yang wajib pun terkedek-kedek, macamana nak pimpin aku. Aku tak mintak alim ulama mahupun imam di masjid, cukuplah dia mampu jadi imam aku nanti. Waaahh, jiwang sungguh I...


Mungkin apa yang aku fikir ni salah, silalah betulkan... Semua ni adalah pendapat aku semata-mata dan sedikit pengaruh dari pembacaan aku. hehehe

p/s: Sekarang rasa takut dengar perkataan kahwin. Hehehe...
p/p/s: Post ini ditulis sebelum aku kawen. hehehe


Tuesday, February 21, 2012

BIROKRASI

Sebenarnya aku tak ada lah masalah sangat dengan birokrasi. Tapi semalam mak aku tolong uruskan passport adik aku, Hendz dan Duan. Dengar cerita mak aku buat aku bengang sekejap.
Kepada yang kejenya memang sepatutnya menguruskan passport adik2 aku, why you complaining and being such a pain in the tutttt???

Anyway silalah ingat kembali gaji bulan2 anda, kalau anda keje tak ikhlas, rugi anda. Dan rugi kepada mereka yang juga macam aku mengumpat anda.
Macam recent2 yang tak berape recent ni, pasal kes gaduh dekat KFC.
Sebenarnya aku tak menyokong mana-mana, since aku tak tahu detail dia.
Tapi cukuplah kalau kita jaga diri masing-masing.
Jangan buat kalau anda rasa anda buat dekat orang lain anda akan rasa marah.
Aku selalu dapat pesanan, jangan provoke dengan orang yang akan hidang makanan dekat kita.
For example:
Kita nak makan dekat kedai makan, then orang tu lambat dan lembab dan bagi air yang salah, mintak teh o dapat milo o. Wat de hal????
Neway, kalau kita marah dan maki mereka, mungkin sahaja makanan yang bakal sampai tak berapa 'bersih'. Aku bukan tuduh sape2. Even orang yang pernah kerja KFC mengaku, kalau customer diorang such pain in the a***, kalau takat ludah dan ect tu benda biasa. (Jaw drop) Wat de hal????
Mungkin pelanggan tu memang menyakitkan hati, ikutkan hati yang bengang nak je lempang laju2. Tapi dengan kita menganiaya dia, betul ke kite??? Beretika ke??? Kalau anda muslim, betul ke??? Dose takyah cakap lah. Memang bersin la. Gaji yang kita dapat tiap2 bulan tak diberkati Allah. Nak ke??? Bab punca pendapatan halal haram lagi. Fikir2kan lah..
Tak kira lah anda sebagai pelanggan or pekerja.
Be nice. Be patience.
Kalau2 terjumpa orang2 yang menyakitkan hati, cubalah baca ni. Marah dan Maaf.....


p/s: Sila jangan racist.... Daikirai!!!



Thursday, February 16, 2012

MARAH dan MAAF

Amaran!!! Penulisan yang sangat panjang, tapi silalah baca dan harap dapat memberi faedah pada kita.
 ASSALAMMUALAIKUM.

“Kekuatan itu bukanlah ketika menang dalam pertarungan, sesungguhnya kekuatan yang sebenar ialah apabila dapat menahan diri dari kemarahan.”


La ni kita nak cerita sikit pasal marah dan maaf...... Aku suka sangat kata-kata ni. Orang yang kuat ialah orang yang dapat tahan diri dari marah. Aku ada terbaca orang yang marah-marah ni dia akan berteriak sebab hati diorang masing-masing jauh walaupun hakikatnya diorang dekat. Jadi diorang akan menjerit antara satu sama lain, tapi menyebabkan hati diorang makin jauh. Orang yang hatinya dekat diorang cakap bisik-bisik dan lemah lembut tapi masing-masing paham kehendak masing-masing. Jarak hati ni perumpamaan je, bukan ke bila kita marah dengan that person, kita sebenarnya makin jauh dengan dia???

rrrrrr 

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali 'Imran: 134)

 
Bila rasa hati ni tetiba nak marah je baik kita mengambil sikap diam, selalunya aku memang macam ni, Alhamdulillah jarang nak teriak-teriak ni. Selalunya bila aku marah memang aku diam, sebab terlalu marah sampai tak boleh nak bercakap dah. ;)
Sabda Nabi S.A.W:
Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Apa korang boleh buat kalau korang rasa marah????
 
Rasulullah S.A.W bersabda:
Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring. (Hadis riwayat Abu Daud)

Wudhuk
Sabda Rasulullah S.A.W:
Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk. (HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)


Dan baca أعوذ بالله من الشيطان الرجيم 



Bila marah dah reda, kalau kita salah kita kena mintak maaflah sudah tentu dan maafkan orang yang buat salah dengan kita. Aku ada baca, kuasa nak memaafkan berada ditangan mangsa. Kalau dosa tu dosa besar dan mangsa tak maafkan contohnya merompak, bunuh dan tuduh orang baik berzina jadi kalau yang membunuh hukumnya bunuh la kan??? Perompak potong tangan dan penuduh di sebat 80x. Kalau dosa kecil, kita digalakkan memaafkan orang tu. Walaupun kuasa memaafkan masih di tangan kita.

Ertinya : "Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang- orang yang sabar. " ( An-Nahl : 126 )

Semoga kita digolongkan antara orang-orang yang bersabar. Untung jadi orang yang bersabar. Dan harap-harap kita mudah nak memaafkan kesalahan orang lain sebab kita pun tak sempurna. Bila kita mampu maafkan orang tu bukan ke hati kita lagi tenang???? Tak perlu lah berdendam. (Aku cakap macam ni tapi aku sendiri susah nak buat, jangan tengok orang yang bercakap tapi renungkan apa yang dia cakap - ada kawan ku pernah cakap. Sebab tak ada manusia yang sempurna, selagi boleh sampaikan kita sampaikan, sebab iblis selalu membisikkan "Aku tak layak nak bagi nasihat dekat orang" Bila semua orang berfikir macam ni, maka kurang la orang yang menyampaikan.)

ps: We forgive but not forget.

pss: Hati yang dah terluka masih ada parut.

psss: Easy to say than done because they are not in our shoe, even if you walk a mile in   another shoe, leave the judging to Allah swt. 

pssss: Aku faham kalau ada orang kata dia susah nak maafkan, aku pun macam tu. Sebab kita masih banyak lagi yang kurang. Sekurang-kurangnya kita mesti cuba. Renung-renungkan dan selamat beramal.

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...