Wednesday, December 28, 2011

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG

Selamat hari lahir ni ditujukan kepada sahabatku Nur Safiah Fadzil.
Meh nyanyi sama-sama,


Allah selamatkan kamu (2x)
Allah selamatkan Nur Safiah Fadzil,
Allah selamatkan kamu.
Tepuk-tepuk....



Safiah,
hari ni hari lahir kau..
tapi kita jauh terpisah..
Hehehehe
Kau kat Penang,
Aku kat Kuang.
Kita tak dapat dah sambut birthday sama-sama,
Macam tahun-tahun lepas,
Buat suprise yang kadang-kadang tak jadi suprise.

Safiah,
Aku miss you sangat-sangat!
SELAMAT HARI LAHIR..
Kau dah boleh mendaftar mengundi,
Tapi sabar-sabar,
belum boleh mengundi, daftar dulu ae,
Hehehehe
jangan lupa aku kat sini..

Pasal hadiah tu???
Dah jumpa ke???


Dah dewasa Safiah ni,
kekekeke


NUR SAFIAH FADZIL,
aku sayang kau!

jaga diri jaga hati jaga iman ok..
may Allah bless you always.

i love you and i miss you.

take care.

till we meet again, insyaAllah.

HAPPY BIRTHDAY SAYANG.

Monday, December 26, 2011

Bila mak makan


Aku dah kenyang makan rojak tadi. (Setelah sekian lama mengidam)
Jadi malas nak pergi makan tengahari.
Mak pun makan lah sorang-sorang.
Lepas tengok mak makan, aku terliur lah pulak.
"Mak nak sesuap je," Sedap makan guna tangan mak, tak terkata.
Kalau aku suap diri sendiri tadi, gerenti tak sedap macam tu.
Lepas aku, berkumpul lah makhluk-makhluk halus, nak disuap jugak.
Mula-mula unyut, (tapi aku marah dia, "Nanti tak cukup lah nasi untuk mak!" tapi kak long yang tak sedar diri)
Tapi mak suap jugak.
Yang tak boleh blah, sepupu aku dengan nurul pun berkumpul jugak. kekekeke...
Semua nak menyibuk dekat mak aku. (Jelez)

Sunday, December 25, 2011

Hari Ini Sungguh Bermakna

Sejujurnya aku tak ingat hari ini Kesmas. Well, tak ada sebab pun aku nak perasan, memandangkan kita orang Islam tak sepatutnya wish pun, apatah lagi nak menyambut. Kan??? Sebab tu tersalah sangka, ku sangkakan panas hingga ke petang. No, ku sangkakan Akak Cantik start kelas hari ini. Aku dah wish selamat maju jaya dan bla2. Lambat kemudian dia reply hari ini cuti lah akak. ooooo, soka????

Tapi hari ini sungguh bermakna kerana, esok birthday my son, Afham Aniq. (walaupun dalam Masihi).
26.12.2008

Esok bufday sayang.
Sila membesar dengan sihat dan jayanya.
I love you.
We love you.



p/s:Mesti akak cantik sedih sebab tak ada dekat sini esok.



Saturday, December 24, 2011

BERSIWAK

Aku sangat pemalas nak gosok gigi. Kadang-kadang lately ni bangun pagi malas nak bersiwak. Tapi bila teringat hadis ni:

Daripada Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahkan umatku berwuduk pada setiap kali solat dan bersiwak pada setiap kali wuduk." (Riwayat Ahmad)

Sebab teingat hadis ni la, aku gosok jugak gigi aku. Tak dapat guna sugi, dapt guna ubat gigi kayu sugi pun jadi. (Sedap kot)

Demi mu, ku gosok gigi ku. Kerana sunnahmu....

Wednesday, December 21, 2011

aNIQ sUKA mAKAN uDANG

Tadi tolong mak 'abe'kan udang, sebab Aniq suka gila udang. Biasanya aku bersihkan udang dengan membuang kepala dan taik di kepalanya. Dan buang kulit udang, supaya senang Aniq nak makan. Tadi banyak giler Aniq makan. Aku saja masak nasi lembik supaya senang nak kepal-kepal dengan udang, dah jadi macam sushi. Senang untuk Aniq ambil dan makan terus. Udang tu goreng biasa je. Aniq susah nak suruh dia makan, tengok dia makan banyak tadi seronok sangat.

Sunday, December 18, 2011

Putus Cinta Lagi

Sebenarnya bukan putus cinta betul-betul pun. Tapi rasa dia lagi dasyat dari putus cinta. Tadi baru balik hantar adik perempuan kesayangan (satu-satunya adik perempuan) ke Kedah. Sangat jauh dari aku. Sangat risau. Sangat rindu.

Dulu ku masuk poli tinggalkan dia kat rumah takpe. Ada yang jaga. Tapi sekarang dia jauh dan tak ada orang jaga. Jadi risau. Ye, dia dah besar kedabak. Tapi still.... Rindunya... Malam ni tidur sorang-sorang. Sedih sangat.

Monday, December 12, 2011

Cerita Seram

Ini adalah kisah benar dan baru sahaja berlaku.
Kisahnya begini, aku dan adik perempuan kesayangan aku baru sahaja lepas menonton cerita di tv 3. Beberapa minit sebelum pukul 12 tengah malam, cerita yang dilakonkan Stephen Chow, tamat. Kami menuju ke pintu belakang bercadang mengunci motor selepas mematikan tv. Tiba-tiba, Sera menjerit, "Argh!!!!"
Aku turut terperanjat, rupa-rupanya dia terpijak anak lalat aka ulat sampah. Rupanya mak meletakkan bakul sampah di belakang kerana sudah berulat, disebabkan baru perasan dan hari sudah malam, mak bercadang nak buang esok. Aku dan Sera membuat keputusan ingin membuang sampah tersebut. Kekecohan kami di tengah malam membangunkan mak dari tidur yang lena. Mak juga menuju ke arah kami. Setelah menjawab beberapa soalan, kami menaiki motor untuk membuang sampah.
Untuk pengetahuan anda, kami duduk di kampung belantara, tempat membuang sampah agak jauh sedikit, berdekatan dengan tepi sungai yang dikelilingi pokok-pokok, termasuk pokok durian, tetapi tidak pokok getah. Sera bertindak membawa motor dan aku memegang bakul sampah yang penuh berulat yang gemuk-gemuk dan kenyang-kenyang. Sampai di tempat buang sampah dalam masa kurang 10saat kami menonggengkan tong sampah untuk mengalihkan isi sampah ke tong sampah yang lebih besar supaya dapat dikutip oleh pakcik yang kutip sampah. Dengan keadaan sunyi tanpa bunyi, hanya ditemani bunyi semulajadi.
Keadan gelap tanpa lampu jalan, lampu yang ada hanya lampu motor kami yang dah buta sebelah. Senyap. Aku tak berani pandang ke depan sungai, mahupun ke atas pokok. Aku hanya menumpukan perhatian pada sampah. Tiba-tiba, anjing menyalak ke arah kami. Aku sudah cuak, aku risau dikejar anjing. Hari sudahlah malam, kami hanya berdua, siapa nak tolong??? Setelah selesai kami menaiki motor dan menuju ke arah anjing. Adikku bertindak mengHON anjing dengan niat menggertak anjing itu. Tapi anjing masih menyalak ke arah tong sampah. Kami salah faham. Anjing itu bukan menyalak ke arah kami. Terus meremang bulu roma aku. Anjing tu menyalak sebab apa????

Thursday, December 8, 2011

Sambal Hitam

Taw sambal hitam??? Pernah makan??? Aku kenal sambal hitam sejak masuk poli. Sejak kenal dengan Zety Madu. Aku tak pernah lagi buat sambal hitam sorang-sorang. tapi adalah tolong Zet buat.

Cara-cara dia:

1. BAWANG (HIRIS)
2. IKAN BILIS DENGAN BELIMBING HITAM TUMBUK
Lepas tu panaskan minyak dan masak lah bahan 1 dan bahan 2 sampai jadi hitam. 
Hasilnya korang takkan nampak bentuk bawang tersebut. Sebab lama giler ambik masa nak masak.

Lain kali aku gitaw macamana nak buat belimbing hitam.

Credit to: Zety Madu

Wednesday, December 7, 2011

Hari Ini Kita Berpisah Lagi


Hari ni aku baru sampai rumah, now listening to 11 januari-Gigi. Lagu kitorang.

Sebelas Januari bertemu,
menjalani kisah, cinta ini
Naluri berkata,
engkaulah, mi-lik-ku

Bahagia selalu dimiliki,
bertahun menjalani bersama mu
Ku nyatakan bahwa,
engkaulah, ji-wa-ku

Akulah penjaga mu
Akulah pelindung mu
Akulah pendamping mu
Di setiap langkah-langkah mu

Pernah ku menyakiti hati mu,
pernah kau melupakan janji ini
Semua karena, kita ini, ma-nu-sia

Kau bawa, diri ku, ke dalam hidup mu
Kau basuh, diri ku, dengan rasa sayang
Senyum mu juga sedih mu, adalah hidup ku
Kau sentuh, cinta ku,
dengan lembut…
dengan sejuta warna



Bila dah sampai rumah aku rindu dengan megi Mak buat, kembang-kembang and melekit-lekit. Tiba-tiba teringin nak makan megi. Tapi pergi dapur, megi tak ada. Hehehehe…. Penangan Megi mak memang hebat..

Terdengar pulak lagu-lagu sedih, aku terus teringat kenangan kitorang bersama sepanjang sem. Semua benda giler, adventure yang kitorang buat. Lepas ni kalau kita jumpa lagi, mungkin sebgai seorang wanita dewasa (cewah) Boleh ke kita buat perangai macam budak-budak tu??? An, kau rasa macamana????

Sekarang senyap je, teringat dekat suara bising Zet yang membebel. (Dia diam bila tengok drama korea dia, tapi kadang-kadang diselang-seli dengan hilai tawa yang nyaring). Kekekekeke

Dah lama tak basuh pinggan, selalunya Neelofa yang rajin basuhkan. Orang yang paling kuat merapu dalam rumah,  yang meriuhkan rumah dengan gelak ketawa. (ayat tak boleh blah)

Sekarang semua perkara yang aku tengah buat or akan buat, insyaallah aku akan ingat dekat korang. Aku rasa macam putus cinta pulak, lagi teruk rasa ni…. Tapi mesti lama-lama rasa sedih ni hilang, tapi masa tu jangan lupakan aku. Ti dengarlah lagu Jangan Lupakan Namaku-Pompa Bensin….
Bila dah sampai rumah barulah rasa, dush…. Kita dah tak duduk serumah lagi. Tak ada makan sama-sama, lepak sama-sama, mandi sama-sama, ngumat sama-sama dan bla-bla sama-sama.  Lepas ni kita takkan balik Behrang, insyaallah masa graduate nanti.
Apa-apa pun, sahabat-sahabatku, ingatlah yang sweet-sweet je, maaf kalau ada yang tak sweet… Semoga bila kita jumpa lagi dan perasaan sayang yang kita ada sekarang tak berubah… Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...