Monday, March 12, 2012

PEMURAH

Walaupun kita selalu ingkar perintah dia,
Walaupun kita selalu buat dia murka,
Walaupun kita selalu lupa dan lalai untuk ingat dia,
Walaupun kita selalu berkira dengan dia,
Tapi dia tetap sayang kita, bagi kita rezeki dan nikmat yang tak terhingga.
 Tak malu betul kita ni.

Walaupun kita selalu  ingkar perintah dia,
Tak tunaikan tanggungjawab sebagai hamba, tinggal solat terutama subuh alasan terlajak tidur. Lambatkan solat, solat Asar dekat-dekat waktu Maghrib, sekali dengan Isyak. Beres. Tak tutup aurat dengan  sempurna. Kadang-kadang pakai tudung kadang-kadang tak pakai. Pakai tudung tapi ketat macam gimnas. Macamana kalau Allah kadang-kadang bagi bernafas kadang-kadang tak bagi???? Boleh????

Walaupun kita selalu buat dia murka,
Sama lah dengan perkara di atas, semua dah tahu, tapi buat-buat tak tahu. Jangan kata Allah tak bagi hidayah lagi, sebab kita sendiri tak cari. InsyaAllah apa yang kita niat tu yang kita dapat.

Walaupun kita selalu lupa dan lalai nak ingat dia,
Kita lagi ingat pakwe, makwe, crush kita daripada Allah. Bila susah kita nak expect Allah ingat kat kita???? Bila susah barulah nak bersujud merayu-rayu dekat Allah. Cuba kalau kawan rapat kita buat macam tu?? Bila senang ada, bila susah tak ada??? Kita mulalah sumpah seranah, kawan tak guna lah, apa lah, kacang lupakan kulit. Cuba pulak kita buat kat Allah macam tu???? Agak-agak???? Bila dating ontime, bila solat???? Allah tunggu kita nak dating???? Mana lagi penting???? Renung-renungkanlah.

Walaupun kita selalu berkira dengan dia,
Macamana nak berkira???? Banyak caranya. Kedekut nak solat sunat sebelum selepas solat fardhu dan solat-solat sunat lain. Berkira nak puasa sunat, berkira nak bersedekah. Walhal sedekah tu untuk diri kita sendiri jugak di akhirat nanti.

Tapi Allah bagi kita hidup di dunia ni, senang,... Kalau kita, dengan orang yang buat kita marah dan benci, kita masih akan buat baik ke dengan dia??? Tapi Allah, walaupun dialah pemilik kita, tapi masih sayang dan bagi kita peluang. Tunggu kita untuk kembali pada dia.

1 comment:

  1. Betul tu...kita selalu lalai dalam menunaikan tanggungjawab terhadapNya. Yang wajib pun kita masih buat mudah.sunat jauh sekali.thanks beri kesedaran.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...