Monday, February 27, 2012

Nikah



Tibe2  nak cakap pasal kawen plak.. Tadi ada kawan aku yang cakap nak kawen.. (haaa!! shok!!)
Neway, pada mulanya aku fikir, kawen awal tak ada masalah, sebab aku terlalu banyak baca pasal nikah gantung (khitbah) agaknya. Dengan ganjaran2 dan semua perkara positif. Aku fikir, it not a bad idea. Hehehe... Kita nak buat apa pun dah halal bila dah kawen, tak de lah zina mata, hati, mulut dan sebagainya. Malah semua sayang kita terhadap pasangan kita tu dah jadi pahala. Bagus kan??? InsyaAllah diberkati sebab niat yang baik.
Tapi bila aku fikir diri aku ni, aku dah layak kawen ke???? Dah sedia ke nak jadi isteri????
Mampu ke aku pikul tanggungjawab???? Makin lama aku fikir, makin aku rasa diri ni tak layak, dan makin aku rasa nak jauh dari perkahwinan. Mampu ke aku menjaga maruah suami aku, bila dah nikah, dia bukan saja terima aku, malah dosa2 aku. Aku tak sanggup nak bebankan dia. Dia nanti nak sara aku dan keluarga, kalau ada anak. Bila fikir balik, apa yang aku mampu bagi dia??? apa yang aku ada???
Aku tak ada apa-apa.... Dan aku rasa tak ada kebaikan yang suami aku dapat dari aku.
Jadi sekarang instead fikir nak kawen, aku kena baiki diri aku dulu, bukan sahaja untuk suami aku, tapi sebenarnya jugak untuk Dia.

Dan sebenarnya banyak lagi nak difikirkan. Mungkin kurang yakin.Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Sudah baik ke aku??? Aku nak suami yang baik yang boleh pimpin aku, kalau lelaki tu solat pun tak cukup, yang wajib pun terkedek-kedek, macamana nak pimpin aku. Aku tak mintak alim ulama mahupun imam di masjid, cukuplah dia mampu jadi imam aku nanti. Waaahh, jiwang sungguh I...


Mungkin apa yang aku fikir ni salah, silalah betulkan... Semua ni adalah pendapat aku semata-mata dan sedikit pengaruh dari pembacaan aku. hehehe

p/s: Sekarang rasa takut dengar perkataan kahwin. Hehehe...
p/p/s: Post ini ditulis sebelum aku kawen. hehehe


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...